×

Tebu Viral Sugarcane Juice - 500ml

  • 92 Bottle(s)
  • Tebu Viral
  • 955 100 011 21
  • Cool and refreshing
  • Pure sugarcane juice
  • Frozen in bottle
  • 500 Millilitre
  • 6 months
  • Malaysia

Product details of Tebu Viral Sugarcane Juice - 500ml

In English Translation:

Usage: Have you tried the divine nectar of sugarcane juice or what the Malay calls air tebu, which unveils a symphony of sweetness with a subtle hint of grassy undertones in each blissful sip? Taste the energy-booster air tebu that breathes new life into your senses, a remedy for your weary soul and desert-draught-like throat. Give it a go and discovers the sparkling oasis within you, anytime, anywhere.

1. Grip the body of the bottle of air tebu firmly while holding it upright.
2. Remove the safety seal—ring or plastic wrap—around the cap (if any).
3. Grasp the bottle lid with your opposite hand and turn it anticlockwise to loosen the cap.
4. Carefully pour the air tebu into a glass and add some ice cubes for a cool refreshment.

Certifications and Mentionings:

  1. JAKIM’s Halal certification: Air tebu is the epitome of rejuvenating on a searing heat with a soothing Halal beverage, especially when you yearn for a sweet drink. As Tebu Viral's Air Tebu is made with permissible ingredients like no alcohol, JAKIM issues a halal certification to the product as a token of celebrating Muslim dietary guidelines for the drink in adherence to Shariah law.

  2. Zero preservatives: As preservatives have many adverse effects on human health in the long term, the manufacturer of this product made the air tebu with no artificial preservatives and colorings. Hence, it must be noted that the mouthwatering flavor of air tebu and its deep dark palette result from real sugarcane.

  3. No added sugar: This product claims to have no added sugar because the sweetness of air tebu comes solely from the original taste of air tebu, which naturally contains raw sugar crystals to provide sweetness.

Packaging: Each bottle of air tebu is filled with 500ml (16.9oz) volume in a plastic bottle inspected safely for human consumption, indicating the material is food-grade verified. As an FMCG product, traders can buy air tebu in a massive order of one 20-foot shipping container or at least 92 bottles. For shipment purposes, the company packs the air tebu in sturdy packaging to withstand pressure during in-transit and avoid spilling by implementing secure sealing. Apart from tightly sealing the cap of the air tebu, the outside box is padded as a barrier to prevent the risk of damage and spilling, leaving no room for the air tebu to move around. By taking preventive measures for the transportation of air tebu, they will arrive at the destination intact.

Storage Instructions: When kept per the recommended storage guidelines, air tebu, a drink best served chilled, can last up to its long shelf life of six months. Generally, air tebu is a pure sugar-free drink served directly upon request on the street. Since Tebu Viral Trading manufactured the frozen air tebu, this cool and refreshing drink must be kept in a freezer at -15°C or 59°F to retain the freshness and texture of the air tebu at its original state for an extended period if they are not yet consumed. On the other hand, store the leftover air tebu in the refrigerator between 0°C to 4°C (32°F to 39°F) to slow down the growth of bacteria due to the feature of air tebu high sugar content which fosters spoilage conditions if left at room temperature. Regardless of its six months shelf life, the faster air tebu is consumed, the better its taste and quality will be. Besides, discard the air tebu if it shows signs of spoilage, like changes in the texture and flavor.

Air Tebu Overview

Air tebu is sugarcane juice in the Malay language. Tebu, or sugarcane, is scientifically known as Saccharum officinarum, believed to be one of the oldest cultivated crops in various parts of the world. The development of sugarcane cultivation profoundly impacted the world economy due to the high demand for its by-products. Sugarcane is sought-after for producing sugar, ethanol, and other cane-derived products such as molasses and rum. Presently, sugarcane is grown in a large number of tropical and subtropical areas across the globe. Some top producer countries are Brazil, India, China, Thailand, and Pakistan.

Although Malaysia's sugarcane crop is relatively tiny—the plantation is only located at Perlis and Kedah, the Northwest of peninsular Malaysia—it does not halt air tebu's sellers from selling fresh, naturally extracted air tebu without flavor enhancers and sugar added. The refreshing, naturally sweet air tebu is extracted by a machine through the process of crushing the green sugarcane stalks to create a nutrient-rich liquid with a distinct, vegetal aroma. Air tebu has a mild grassy undertone taste due to its extraction from raw plants, with the combination of pure sweetness that provides a pleasant taste accompanied by several wellness benefits:

  1. Providing instant energy from the high content of sucrose, the natural sugars in air tebu.
  2. Boosting immunity for packed content of vitamin C.
  3. Beneficial to fight dehydration due to air tebu's electrolyte-replenishing properties.
  4. Sugarcane has a low glycemic index, helpful to satiate hunger longer.

Traditionally, air tebu is sold on the street or at the stall after freshly processing the sugarcane stalk. Later, the freshened drink is put in a jug and poured into a glass upon the customer's request. To ease people grabbing a bottle or two of air tebu, Tebu Viral Trading produces the bottled packaging of air tebu without artificial ingredients to make the most out of the benefits that can be gained from it even at the comfort of your house or having it stored at the office’s pantry.

About Tebu Viral Trading


Tebu Viral Trading has been all about making sugarcane-based products since its company's formation in August 2020. Since sugarcane juice, or air tebu, is a widely drank beverage, the founder kickstarted his business by producing frozen air tebu and other sweetened sugarcane products, such as sugarcane syrup, sugarcane sugar, and air tebu with musk lime flavor. These products are made with natural ingredients obtained from fresh sugarcane and appropriately processed to ensure hygiene for longer preservation if kept frozen. Furthermore, our air tebu business includes kiosk equipment packages for B2B marketing.

Air Tebu Specifications


- Brand Name: Tebu Viral
- Freshly picked sugarcane
- Naturally sweet air tebu with a hint of molasses aroma
- 100% natural ingredients with no preservatives and colorings
- Refrigerate air tebu or put it in the freezer for more prolonged use
- Minimum order quantity for B2B: 92 bottles
- 500ml per bottle (16.9oz)
- Best consumed in 6 months
- Recognized by JAKIM's Halal certification
- Originated from Malaysia

 

In Malay Translation:

Kegunaan: Keistimewaan air tebu amat dikenali di Malaysia dek kuasa penghilang dahaganya dengan keenakan rasa asli tebu yang manis tanpa gula tambahan. Rasailah sentuhan halus aroma tebu dengan kemanisannya yang tidak memudaratkan seperti gula putih dalam setiap tegukan sekiranya diambil dengan bersederhana. Rasai penawar untuk kerongkong yang haus berpasir bak Gurun Sahara dengan setiap tegukan air tebu sekarang:

1. Pegang botol air tebu secara menegak dengan erat.
2. Sekiranya terdapat pengedap yang mengelilingi penutup untuk tujuan keselamatan, buangkannya.
3. Menggunakan sebelah lagi tangan, putarkan penutup mengikut arah lawan jam untuk melonggarkan penutup.
4. Tuangkan air tebu dengan berhati-hati ke dalam cawan dan nikmati keenakan air tebu yang sejuk dengan menambah ketulan ais.

Sijil dan Pengiktirafan:

  1. Sijil Halal JAKIM: Kesegaran air tebu pada suhu yang terik di Malaysia pastinya diidamkan ramai. Dengan pengiktirafan Halal yang diluluskan oleh pihak JAKIM, air tebu keluaran Tebu Viral Trading ini boleh dinikmati oleh seluruh umat Muslim kerana ianya diperbuat daripada bahan yang dibenarkan tanpa alkohol, seperti mana yang digariskan dalam panduan pemakanan dan minuman mengikut undang-undang Shariah.

  2. Tiada bahan pengawet: Memandangkan pengusaha air tebu ini menitikberatkan kesihatan manusia dalam jangka panjang, air tebu ini telah dihasilkan tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan. Hal ini kerana bahan pengawet boleh mendatangkan banyak kesan buruk yang membahayakan kesihatan manusia. Oleh itu, perlu diingat bahawa rasa dan kepekatan warna air tebu yang menggugat selera ini adalah hasil daripada tebu yang sebenar.

  3. Tanpa gula tambahan: Produk ini tidak mempunyai gula tambahan kerana sukrosa yang terkandung di dalam air tebu ini telah memadai untuk memberikan rasa manis dan enak kepada insan yang menikmatinya.

Pembungkusan: Setiap botol air tebu diisi dengan isipadu 500ml (16.9oz) dalam botol plastik yang telah terbukti mendapat jaminan keselamatan untuk penggunaan manusia. Sebagai produk yang dijual secara borong dalam kuantiti banyak, peniaga boleh membeli air tebu dalam pesanan satu kontena penghantaran 20 kaki (1x20ft) atau sekurang-kurangnya 92 botol. Bagi tujuan penghantaran, pihak yang bertanggungjawab menguruskan pembungkusan air tebu akan memastikan air tebu ini sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Maka, air tebu ini akan dibungkus menggunakan bahan yang boleh menyerap hentakan dengan baik serta tidak mencelakan isi di dalamnya. Selain itu, penutup botol air tebu turut dipastikan ditutup dengan ketat agar tidak berlaku pertumpahan yang akan merugikan kedua dua pihak.

Arahan Penyimpanan: Mengikut garis panduan penyimpanan air tebu seperti yang disyorkan oleh pihak pengeluar, air tebu dapat bertahan selama enam bulan. Oleh kerana Tebu Viral Trading menghasilkan air tebu daripada bahan semula jadi dalam bentuk beku, minuman ini perlu disimpan di dalam peti sejuk beku pada suhu -15°C atau 59°F untuk mengekalkan kesegaran dan tekstur air tebu dalam keadaan asalnya bagi jangka masa yang panjang sebaik sahaja diterima daripada pihak penghantar bungkusan. Sebaliknya, simpan air tebu yang telah dibuka di dalam peti sejuk pada suhu sekitar 0°C hingga 4°C (32°F hingga 39°F) untuk melambatkan pertumbuhan bakteria. Hal ini kerana kandungan gula yang tinggi dalam air tebu yang boleh merosakkan air tebu tersebut jika dibiarkan pada suhu bilik. Walau apa pun, rasa dan kualiti air tebu akan lebih baik sekiranya diminum secepat mungkin. Sekiranya kelihatan tanda tanda kerosakan pada air tebu, segera hapuskannya dengan tertib.

Mengenai Air Tebu


Saccharum officinarum, atau lebih dikenali dengan panggilan tebu, adalah salah satu tanaman yang banyak ditanam di setiap pelusuk dunia sejak berkurun lama dahulu. Penanaman tebu telah berkembang dengan pesat kerana pada masa tersebut, tebu menerima permintaan yang tinggi kerana ia telah terbukti memberi impak yang besar kepada ekonomi dunia. Buktinya, tebu telah menjadi bahan utama dalam penghasilan gula, etanol, serta produk lain yang berasaskan bahagian lain pada tebu. Seiring dengan peredaran zaman kearah kemajuan teknologi, tanaman tebu telah diusahakan di banyak kawasan tropika dan sub-tropika di seluruh dunia. Antara negara pengeluar tebu yang terbesar termasuklah Brazil, India, China, Thailand, dan Pakistan. Oleh itu, populariti air tebu di negara-negara tersebut adalah sangat tinggi dan banyak dijual di gerai-gerai di tepi jalan.

Walaupun tanaman tebu berkembang pesat ke serata dunia, namun Malaysia mempunyai tanaman tebu yang agak kecil. Hal ini terbukti dengan kawasan tanaman tebu yang hanya terdapat di negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis dan Kedah. Walaupun begitu, perkara ini tidak mematahkan semangat penjual air tebu daripada terus menjual air tebu yang segar kerana mendapat sokongan padu dan berterusan daripada peminat air tebu. Air tebu biasanya dihasilkan dengan cara pengekstrakan secara semulajadi menggunakan mesin, di mana batang tebu akan diperah untuk menghasilkan air tebu yang lazat dinikmati tanpa penambahan gula dan perasa dan dikombinasikan dengan unsur-unsur tumbuhan yang tidak memualkan. Malah, unsur-unsur tumbuhan semula jadi tersebut melazatkan lagi air tebu kerana perisa tersebut tidak dapat ditiru oleh perasa tiruan yang lain. Selain itu, cecair yang terhasil daripada proses pemerahan batang tebu tersebut kaya dengan nutrien untuk pelbagai manfaat kesihatan:

  1. Membekalkan tenaga dengan kadar segera yang diperolehi daripada gula semulajadi dalam air tebu, sukrosa.
  2. Mengandungi vitamin C yang tinggi untuk menguatkan sistem imuniti.
  3. Elektrolit seimbang di dalam air tebu dapat membantu mengelakkan dehidrasi.
  4. Bersifat indeks glikemik yang rendah, air tebu mampu memberi kekenyangan untuk tempoh jangka masa panjang.

Kebiasaannya, air tebu di Malaysia dijual di gerai-gerai di tepi jalan, pasar malam atau di bazar Ramadan iaitu pada bulan puasa yang disambut oleh orang Muslim yang menganuti agama Islam. Penjual air tebu sering meletakkan air tebu yang baru sahaja diekstrak secara segar di dalam balang air yang besar. Bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan air tebu tanpa perlu ke bazar Ramadan atau pasar malam, Tebu Viral Trading menghasilkan air tebu yang dijual di dalam botol tanpa bahan tiruan untuk memaksimumkan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Dengan adanya pengilangan air tebu secara bungkusan botol, semua orang kini boleh menikmati air tebu di mana mana sahaja mereka berada tanpa perlu keluar ke gerai ketika cuaca panas, berserta dengan tawaran harga yang lebih berpatutan. Air tebu ini sesuai dijadikan stok di rumah atau disimpan di stor pejabat.

Tentang Tebu Viral Trading


Sejak penubuhan syarikat Tebu Viral Trading pada bulan Ogos 2020, syarikat ini telah menghasilkan beberapa produk berdasarkan tebu yang mana menggambarkan nama syarikat ini. Oleh kerana populariti air tebu di dalam negara ini yang amat diraikan, ianya telah menjadi fokus utama perniagaan ini. Pengasasnya memulakan perniagaannya dengan menghasilkan air tebu beku dan gula tebu berdasarkan bahan semulajadi yang diperoleh daripada tebu segar dan diproses dengan sewajarnya. Proses penghasilan dan pengilangan produk tebu ini dilakukan secara teliti untuk memastikan kebersihannya serta menjamin kesegaran lebih lama jika dikekalkan beku. Selain itu, sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen air tebu syarikat ini juga boleh mendapatkan pakej peralatan kiosk untuk tujuan pemasaran secara B2B.

Perinician Air Tebu


- Diperbuat daripada tebu segar
- Air tebu yang manis semula jadi dengan unsur-unsur aroma tumbuhan yang menyegarkan
- 100% bahan bahan semula jadi tanpa pewarna tambahan dan pengawet
- Simpan air tebu di dalam peti ais atau sejuk bekukan air tebu untuk tahan lebih lama
- Jumlah minimum pesanan B2B: 92 botol
- Kandungan air: 500ml setiap botol (16.9oz)
- Mempunyai jangka hayat selama 6 bulan sebelum luput
- Disahkan halal mengikut spesifikasi JAKIM
- Produk buatan Malaysia

>Tebu Viral Trading

Tebu Viral Trading

  • Malaysia
  • Malaysia
  • Business Type
  • Manufacturer,Business Services
  • Membership
    • Gold Supplier
    • Gold Supplier
  • Verified Supplier
  • Verified Supplier
View Company Minisite
Ratings and reviews
There is no review from buyers. Be the first to post review here.
Have you tried this product? Login here to review.

JOIN OUR NEWSLETTER

Get the news update on latest products or ingredients release in the halal industry straight to your email inbox.(View previous newsletters)
We'll never share your email address with a third-party.

CONNECT WITH US

DOWNLOAD OUR APP

  • Google GooglePlay Link
  • Apple App Store Link

© 2007 - 2024 DagangHalal.com. All Rights Reserved. Developed and maintained by DagangAsia Network Holding Sdn. Bhd. (1344481-V)
This website is best viewed using Internet Explorer 11 or above, Mozilla Firefox and Chrome.