Konvensyen yang diadakan kali keempat ini berlangsung di Hotel JW Mariot, Putrajaya pada 13 - 14 Spetember 2012 bertujuan bagi memberi pendedahan mengenai piawaian dan prosedur JAKIM dalam mengeluarkan sijil Halal. Konvensyen yang disertai oleh 400 peserta ini juga adalah platform bagi mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan Sistem HVE (Halal Verified Engine) dan sijil Halal JAKIM.